Monday, September 29, 2014

Kekesalan

Hai semua..

hmm.. terasa lambat masa berlalu bila poket tengah kering tapi nak tunggu duit elaun masuk, lambat lagi..
Lepastu,, time-time macam ni lah pulak yang tiba-tiba rasa nak makan itu ini lah,,
terasa nak pindah rumah lah..
and macam-macam lagi lah..
Bukan ape,, pasal yang pindah rumah tu..
aku ni dah lah baru jek berjinak-jinak drive kereta.
tu pun setakat p kedai makan dengan p keje n balik kerja
kalau tak, memang tak bergerak lah kereta tu dari tempat dia..
Lepastu,, menyewa pulak bilik yang atas bangunan kedai,,
so memang susah nak dapat parking..
pasal susah nak dapat parking bila orang parking tu tak pe lah.,
aku boleh nak accept..
tapi masalahnya, parking tu kerusi yang duduk.
n bukan kereta..
sebab apa?
sebabnya, para peniaga ni nak kalau ada orang nak datang kedai dia, nnti senang..
dorang boleh alihkan kerusi tu n nanti customer dapat lah parking..
masalahnya,, aku balik keje penat-penat, nak cari parking setahun,, then terasa macam sakit sangat hati ni bila peniaga-peniaga selfish sangat n buat macam tu..
so aku ni yang kena parking sejauh-jauhnya hanya kerana tu satu-satunya tempat yang ada parking kosong setelah beberapa kali aku round kawasan tu..
tak ke sakit hati jadinya??
sangat unfair..
kau sesuka hati letak kerusi dekat tempat parking kosong,, kalau kau bayar tak pe..
ni tak pun... lepastu satu kedai letak sampai 2-3 kerusi untuk kedai dia jek.... ishh berbelas kasihan lah pada orang macam aku ni..
dah lah bayar sewa mahal..
nak basuh baju pun washing machine takde,,
hantar dobi bagi sampai jahanam baju-baju aku..
nak makan tak boleh masak,,
kedai makan jual makan harga mahal..
hmm tak tau lah tempat ni..
aku ni dah lah hidup mengaharap duit elaun praktikal jek..
lepastu parking pun jauh.. hmm
aku mintak lah sangat semoga akan terselit belas kasihan dalam hati orang-orang ni satu hari nanti..
okay lah..
tu saje perkongsian harini..

babai..

Saturday, September 27, 2014

kehidupan..

Hai semua..
words ni buat aku fikir sejenak..
Masa kecil ape jek yang aq tau tentang kehidupan?
n masa sekarang ni pun ape jek yang aku tau tentang kehidupan?
Entah lah..
aku rasa macam aku tak tau pape tentang kehidupan.. tapi sebenarnya kehidupan tu sendiri dah mengajar aku macam2x tentang nya..
dalam idup ni banyak sangat question yang berlegar-legar dalam kepala.. there are to many things yang kita tak puas hati.. mcm aku ni,, xsuka tempat lah, tak suka orang lah.. tapi alhamdulillah sebab aku sedar yang tuhan datang kan keadaan keadaan yg aku tak suka pada aku, sebenarnya bersebab..
aku jumpa orang yang aku tak suka supaya aku dapat ubah perangai jadi lebih baik n tak jadi mcm orang orang tersebut.. untuk aku reflect diri aku sendiri.. jadikan pengajaran...
end up nya aku dapat jawapan.. kalau kehidupan ni semuanya senang n mudah.. kita tak kan tau ape erti nikmatnya kesenangan n kemudahan.. kalau idupni xde kesusahan n kesedihan.. kita takkan tau nikmat kegembiraan n kelapangan.. n kalau dalam hidup ni semua nya kita dapat achieve dengan sebegitu cepat n senang.. akan sampai satu tahap yg kita dah xde ape lagi nak dikejar dalam idup ni akan timbulkan kebosanan pulak dalam idup kita nnti.. so percayalah.. segala yang berlaku tu bersebab... n setiap orang diduga denganapa yang dia mmpu.. allah xkan duga hambanya melainkan dengan apa yg mereka mampu.. jadinya.. bersabarlah duhai hati
ok lah..
bai bai.. 

practikal time part 2

Hai semua..
Aku just nak share je lah pengalaman aki dekat tempat praktikal sekarang ni..
Aku suka dengan kerja aku n aku suka environment tempat keje aku ni.. sebab its more to islamic punya tempat lah.. so tenang jek..
but the problem is i really hate my supervisor... why??? Sebab dia sangat bossy dengan aku..
Dia tegur semua orang tapi xsedar keaalahan diri sendiri.... tp dia tu bole diajak berbincang cumanya kalau berbincang dengan dia,,kau akan rasa mcm sedang mencurah air di daun keladi sebab end up nye nanti,, kau xkan dapat jawapan or kata putus.. anddddd dia adalah seorang manusia yang sangat sellfish..
1st time aq jumpe parents yang so sellfish n tak nak keluar sesen pun untuk education anak.. nak anak dapat education free je.. company ni belum jadi milik dia pun.. aq xkesah kalau ni company dia,, tapi sekolah ni akan dapat income kalau org bayar fee.. kalau dah dia sendiri tak bayar fee... mcm mana nak dapat duit nak rolling modal.. memang lah tempat ni xkan bankrap kalo anak dia sorang jek yg xbayar.. tapi kan masing2x ada otak.. tak takut ke nanti kena soal dekat akhirat?? kau skolahkan anak kau tapi kau xbayar fee tu sesen pun? Xtakut?? Hmm.. aku pun bukan baik pun kalo nak cerita pasal akhirat n all that..hmm.. dah lah malas aku fikir..kau fikir lah sendiri..

bye

practical time

Hai semua..
dah terlalu lama blog ni terabai rasanya..
kesian3x..
Huhu
Busy sangat..
dengan new life, new environment..
btw, aku tengah praktikal sekarang ni.. tapi yang ni untuk diploma lanjutan yang aq buat..
so after beberapa tahun menetap di negeri orang, baru lah kalini aku dapat menetap di negeri sendiri..
tapi tak tau lah.. aku bukan tak suka negeri ni,, cumanyaa...
tempat ni macam buat aku makin pokai je... ehh?? Macam mana tu?? Hmm yelah,, sewa bilik kecik je dah cecah rm300 sebulan.. elaun praktikal yg kecik berbanding diploma dulu.. makanan mahal, barang mahal.. semuanya mahal.. hmm susahlah nak berjimat kalau dah mcm ni gayanya.. tapi takpe... aq alan terus cuba.. berjimat.. haha kalau boleh lah.. duit yg ada buatblanja makan pun cukup2x ada hati nak jimat.. tapi xpe.. aq akan terus mencuba.. ha oklah..
bai..

Wednesday, March 5, 2014

Keterpaksaan

Hai..
Aku ni bila dah lama sangat tak update blog jadi dah berkarat otak aku nak memikirkan ape yang nak ditulis kat sini..
tapi tiba-tiba aku terasa nak sangat menulis, so aku gagah kan jugak lah tulis ni..
huhu..
macam ni.. dekat tempat yang aku belajar sekarang ni ada buat program untuk pergi ke kuching sarawak.
Then bermacam-macam cara aku fikirkan untuk mengelakkan dari pergi disebabkan kewangan yang tersekat-sekat pada masa sekarang ni..
tapi ape pun yang aku cuba tetap tak membenarkan aku untuk tak pergi program di sarawak bersama-sama rakan sekelas yang lain..
so aku pun pergi lah ke sana..
and aku pun fikir kan segala yang elok saja..
so aku nak share lah dekat sini pengalaman baru yang aku alami dari awal nak pergi sampai lah aku dah balik semenanjung..
okay, firstly ofcoz la excited sebab aku ni first time naik flight.. so dah dapat experience tu happy lah kan.
then dekat sana, macam macam yang berlaku tapi alhamdulillah program yang ktorang buat tu berjalan lancar..
hari 1st sampai dah berjalan tak ingat dunia.. ktorang try makan mee kolok, lepastu p jalan-jalan tengok barang-barang, amek gamba then balik homestay.. penat dye bukan main.. yelah, ktorang bergerak dari ipoh ke lcct dah la malam pukul 10 lebih kurang.. then ktorang stay kat lcct tu,, flight ktorang pukul 7.40 pagi.. bayangkan lah betapa penatnya untuk manusia yang kuat tido macam aku ni kan?
untuk mlam tu dalam pukul 7 lebih nak kena berkumpul, then aku terlambat.. sebabnye,, aku tido sampai pukul 7.. memang tak sempat la nak bersiap awal kan?
pastu normal la kena perli2x ni..
then lepastu biasa je lah,, banyak sangat nak cerita kat sini pun tak boleh jugak kan?
yang penting aku rasa yang aku pergi sna berbaloi walaupun dalam keterpaksaan..

aku mula rapat dengan kawan sekelas n kelas yang lagi satu yang ikot..
aku dapat belajar n lihat macam-macam yang sebelum-sebelum ni aku tak pernah lihat.. contoh nya macam budaya dkt sana.. peramah orang sana tau..
aku mula nampak kebaikan kawan2 yang selama ni terlindung dek ego aku sendiri..
aku dapat pengalaman manis dengan kawan yang rapat dengan aku..


banyak je pengalaman dekat sana
 ok tu jek.. aku xnak tulis banyak-banyak sebab aku tau perasaan ni sekadar sekali lalu je..
entah-entah lepasni dah tak de pun perasaan ni lagi kan?
tapi apepun,, perasaan ni berharga untuk aku..
tapi aku saje nak ingat benda ni, sebab tu aku tulis..

okaylah,, itu sahaje..
ada banyak lagi benda lain yang aku perlu buat..
okay.. bye..

=)