Monday, September 29, 2014

Kekesalan

Hai semua..

hmm.. terasa lambat masa berlalu bila poket tengah kering tapi nak tunggu duit elaun masuk, lambat lagi..
Lepastu,, time-time macam ni lah pulak yang tiba-tiba rasa nak makan itu ini lah,,
terasa nak pindah rumah lah..
and macam-macam lagi lah..
Bukan ape,, pasal yang pindah rumah tu..
aku ni dah lah baru jek berjinak-jinak drive kereta.
tu pun setakat p kedai makan dengan p keje n balik kerja
kalau tak, memang tak bergerak lah kereta tu dari tempat dia..
Lepastu,, menyewa pulak bilik yang atas bangunan kedai,,
so memang susah nak dapat parking..
pasal susah nak dapat parking bila orang parking tu tak pe lah.,
aku boleh nak accept..
tapi masalahnya, parking tu kerusi yang duduk.
n bukan kereta..
sebab apa?
sebabnya, para peniaga ni nak kalau ada orang nak datang kedai dia, nnti senang..
dorang boleh alihkan kerusi tu n nanti customer dapat lah parking..
masalahnya,, aku balik keje penat-penat, nak cari parking setahun,, then terasa macam sakit sangat hati ni bila peniaga-peniaga selfish sangat n buat macam tu..
so aku ni yang kena parking sejauh-jauhnya hanya kerana tu satu-satunya tempat yang ada parking kosong setelah beberapa kali aku round kawasan tu..
tak ke sakit hati jadinya??
sangat unfair..
kau sesuka hati letak kerusi dekat tempat parking kosong,, kalau kau bayar tak pe..
ni tak pun... lepastu satu kedai letak sampai 2-3 kerusi untuk kedai dia jek.... ishh berbelas kasihan lah pada orang macam aku ni..
dah lah bayar sewa mahal..
nak basuh baju pun washing machine takde,,
hantar dobi bagi sampai jahanam baju-baju aku..
nak makan tak boleh masak,,
kedai makan jual makan harga mahal..
hmm tak tau lah tempat ni..
aku ni dah lah hidup mengaharap duit elaun praktikal jek..
lepastu parking pun jauh.. hmm
aku mintak lah sangat semoga akan terselit belas kasihan dalam hati orang-orang ni satu hari nanti..
okay lah..
tu saje perkongsian harini..

babai..

Saturday, September 27, 2014

kehidupan..

Hai semua..
words ni buat aku fikir sejenak..
Masa kecil ape jek yang aq tau tentang kehidupan?
n masa sekarang ni pun ape jek yang aku tau tentang kehidupan?
Entah lah..
aku rasa macam aku tak tau pape tentang kehidupan.. tapi sebenarnya kehidupan tu sendiri dah mengajar aku macam2x tentang nya..
dalam idup ni banyak sangat question yang berlegar-legar dalam kepala.. there are to many things yang kita tak puas hati.. mcm aku ni,, xsuka tempat lah, tak suka orang lah.. tapi alhamdulillah sebab aku sedar yang tuhan datang kan keadaan keadaan yg aku tak suka pada aku, sebenarnya bersebab..
aku jumpa orang yang aku tak suka supaya aku dapat ubah perangai jadi lebih baik n tak jadi mcm orang orang tersebut.. untuk aku reflect diri aku sendiri.. jadikan pengajaran...
end up nya aku dapat jawapan.. kalau kehidupan ni semuanya senang n mudah.. kita tak kan tau ape erti nikmatnya kesenangan n kemudahan.. kalau idupni xde kesusahan n kesedihan.. kita takkan tau nikmat kegembiraan n kelapangan.. n kalau dalam hidup ni semua nya kita dapat achieve dengan sebegitu cepat n senang.. akan sampai satu tahap yg kita dah xde ape lagi nak dikejar dalam idup ni akan timbulkan kebosanan pulak dalam idup kita nnti.. so percayalah.. segala yang berlaku tu bersebab... n setiap orang diduga denganapa yang dia mmpu.. allah xkan duga hambanya melainkan dengan apa yg mereka mampu.. jadinya.. bersabarlah duhai hati
ok lah..
bai bai.. 

practikal time part 2

Hai semua..
Aku just nak share je lah pengalaman aki dekat tempat praktikal sekarang ni..
Aku suka dengan kerja aku n aku suka environment tempat keje aku ni.. sebab its more to islamic punya tempat lah.. so tenang jek..
but the problem is i really hate my supervisor... why??? Sebab dia sangat bossy dengan aku..
Dia tegur semua orang tapi xsedar keaalahan diri sendiri.... tp dia tu bole diajak berbincang cumanya kalau berbincang dengan dia,,kau akan rasa mcm sedang mencurah air di daun keladi sebab end up nye nanti,, kau xkan dapat jawapan or kata putus.. anddddd dia adalah seorang manusia yang sangat sellfish..
1st time aq jumpe parents yang so sellfish n tak nak keluar sesen pun untuk education anak.. nak anak dapat education free je.. company ni belum jadi milik dia pun.. aq xkesah kalau ni company dia,, tapi sekolah ni akan dapat income kalau org bayar fee.. kalau dah dia sendiri tak bayar fee... mcm mana nak dapat duit nak rolling modal.. memang lah tempat ni xkan bankrap kalo anak dia sorang jek yg xbayar.. tapi kan masing2x ada otak.. tak takut ke nanti kena soal dekat akhirat?? kau skolahkan anak kau tapi kau xbayar fee tu sesen pun? Xtakut?? Hmm.. aku pun bukan baik pun kalo nak cerita pasal akhirat n all that..hmm.. dah lah malas aku fikir..kau fikir lah sendiri..

bye

practical time

Hai semua..
dah terlalu lama blog ni terabai rasanya..
kesian3x..
Huhu
Busy sangat..
dengan new life, new environment..
btw, aku tengah praktikal sekarang ni.. tapi yang ni untuk diploma lanjutan yang aq buat..
so after beberapa tahun menetap di negeri orang, baru lah kalini aku dapat menetap di negeri sendiri..
tapi tak tau lah.. aku bukan tak suka negeri ni,, cumanyaa...
tempat ni macam buat aku makin pokai je... ehh?? Macam mana tu?? Hmm yelah,, sewa bilik kecik je dah cecah rm300 sebulan.. elaun praktikal yg kecik berbanding diploma dulu.. makanan mahal, barang mahal.. semuanya mahal.. hmm susahlah nak berjimat kalau dah mcm ni gayanya.. tapi takpe... aq alan terus cuba.. berjimat.. haha kalau boleh lah.. duit yg ada buatblanja makan pun cukup2x ada hati nak jimat.. tapi xpe.. aq akan terus mencuba.. ha oklah..
bai..

Wednesday, March 5, 2014

Keterpaksaan

Hai..
Aku ni bila dah lama sangat tak update blog jadi dah berkarat otak aku nak memikirkan ape yang nak ditulis kat sini..
tapi tiba-tiba aku terasa nak sangat menulis, so aku gagah kan jugak lah tulis ni..
huhu..
macam ni.. dekat tempat yang aku belajar sekarang ni ada buat program untuk pergi ke kuching sarawak.
Then bermacam-macam cara aku fikirkan untuk mengelakkan dari pergi disebabkan kewangan yang tersekat-sekat pada masa sekarang ni..
tapi ape pun yang aku cuba tetap tak membenarkan aku untuk tak pergi program di sarawak bersama-sama rakan sekelas yang lain..
so aku pun pergi lah ke sana..
and aku pun fikir kan segala yang elok saja..
so aku nak share lah dekat sini pengalaman baru yang aku alami dari awal nak pergi sampai lah aku dah balik semenanjung..
okay, firstly ofcoz la excited sebab aku ni first time naik flight.. so dah dapat experience tu happy lah kan.
then dekat sana, macam macam yang berlaku tapi alhamdulillah program yang ktorang buat tu berjalan lancar..
hari 1st sampai dah berjalan tak ingat dunia.. ktorang try makan mee kolok, lepastu p jalan-jalan tengok barang-barang, amek gamba then balik homestay.. penat dye bukan main.. yelah, ktorang bergerak dari ipoh ke lcct dah la malam pukul 10 lebih kurang.. then ktorang stay kat lcct tu,, flight ktorang pukul 7.40 pagi.. bayangkan lah betapa penatnya untuk manusia yang kuat tido macam aku ni kan?
untuk mlam tu dalam pukul 7 lebih nak kena berkumpul, then aku terlambat.. sebabnye,, aku tido sampai pukul 7.. memang tak sempat la nak bersiap awal kan?
pastu normal la kena perli2x ni..
then lepastu biasa je lah,, banyak sangat nak cerita kat sini pun tak boleh jugak kan?
yang penting aku rasa yang aku pergi sna berbaloi walaupun dalam keterpaksaan..

aku mula rapat dengan kawan sekelas n kelas yang lagi satu yang ikot..
aku dapat belajar n lihat macam-macam yang sebelum-sebelum ni aku tak pernah lihat.. contoh nya macam budaya dkt sana.. peramah orang sana tau..
aku mula nampak kebaikan kawan2 yang selama ni terlindung dek ego aku sendiri..
aku dapat pengalaman manis dengan kawan yang rapat dengan aku..


banyak je pengalaman dekat sana
 ok tu jek.. aku xnak tulis banyak-banyak sebab aku tau perasaan ni sekadar sekali lalu je..
entah-entah lepasni dah tak de pun perasaan ni lagi kan?
tapi apepun,, perasaan ni berharga untuk aku..
tapi aku saje nak ingat benda ni, sebab tu aku tulis..

okaylah,, itu sahaje..
ada banyak lagi benda lain yang aku perlu buat..
okay.. bye..

=)

Thursday, September 26, 2013

Perasaan tak terbendung?

Hai.
Just nak tulis apa yang aku rasa..
This week adalah  minggu yang sangat busy and sangat memenatkan.
Isnin aku baru balik dari my cousin wedding, then start Selasa pergi ke Kedah until Saturday, then Ahad pergi pwtc untuk francais, lepastu hari isnin ada pulak kursus for entrepreneur.  Sangat memenatkan..

Suka duka dalam berkawan..
Of course time kat Kedah, ramai jugak la aku dapat kawan time kat sana, then banyak je memorable things yang aku dapat time kat sana.. Tapi malang towards my relationship yang sedia ada coz aku menghadapi sdikit masalah dengan kawan2x just sorang dua.. tak lah ramai mana pun..
And of course aku akan cari orang yang walaupun aku tak share masalah aku, tapi aku dapat gembirakan diri aku bila berbual dengan dia..
Dalam ramai2x kawan2x yang aku pilih untuk jadikan orang untuk aku msg, chatting, berbual and What so ever la kan, ada sorang ni,,, tanya aku question yang buat aku terasa nak sentap dengan dia..

aku ingat benda tu habis kat situ je.. coz aku dah cakap jgn questioning lagi benda2 yang aku tak rasa nak cerita, tapi aku tak tau mane silap aku, bila aku chatting dengan dia, dia dah tak balas lagi dah..
hurmm baru aku terfikir.. susah nye nak jaga banyak hati,, nanti hati kita pulak yang tak terjaga... tapi dalam masa yang sama, if aku tak jga hati orang, susah jugak idup aku nanti kan?
hmm entah lah.. masalah yang utama belum selesai, sekarang aku kehilangan kawan untuk aku gembira pulak.. hurmm.. nasib la kan?..

tapi tadi my friend yang sorang ni ada cakap nampak la dia marah bila aku berbual dengan sorang lagi kawan ni,, tapi the point yang aku tak faham,, kenapa bila aku msg dia tak balas walaupun dah seen aek?
jahat sangat ke aku ni?

lepas tu aku pun ada bengang dengan sorang kawan kelas aku ni.. ktorang memang suka gurau2x.. tapi dipendekn cerita, bila dia bergurau dengan aku dalam keadaan aku tak stabil dari segi emosi ni, aku rasa macam nak marah je.. and aku memang dah marah dia pun.. hopefully dia tak cakap macam tu lagi pada aku and aku harap jugak yang dia ok je dengan aku since aku tak tau macam mana nak betulkan balik masalah aku yang sedia ada dengan masalah aku terhadap hubungan aku dengan kwan aku yang aku msg tak balas tu.. sebab aku rasa yang aku tak tau nak buat macam mana. yang aku tau, aku tak nak kehilangan mana2x kawan pun lagi..

hmmm okay, thats all..
daa..

Wednesday, September 11, 2013

Terasa seperti diri ini loser.
Just hate this feeling.
need my life back.
kalau la kita ni macam doraemon kan?
bole patah balik n betulkan apa yang kita nak betulkan di masa lalu.
mesti stiap orang ada perkara y nk sangat dilakukan btol tak?
...
Hate u, u and u... Just hate my damn life.

Wednesday, May 15, 2013

lagu.

Hai semua..

Korang mesti tau kan lagu ni?
The One That Got Away - Katy Perry

Lagu ni sebenarnya dah lama.  Kenapa aku baru cakap pasal lagu ni? Sebab tadi masa aku dah siap buat kerja uma, sidai baju semua tu, aku bukak la laptop. Tiba-tiba rasa nak dengar lagu ni. Aku suka la lagu ni.
Aku berusaha hafal bersungguh-sungguh macam baca nota nak exam tu.. ha punya la aku suka lagu ni kan? Lagu nya walaupun agak rancak, tapi sebenarnya isi lagu ni sedih.
Lagu ni cerita pasal diri seorang remaja perempuan ni bercinta dengan seorang lelaki,
cerita pasal perkara-perkara yang dorang buat time bercinta tu.. Tapi yang paling tak boleh blah and
yang sedih sangat pasal lagu ni sebab last sekali lelaki tu mati.  Perempuan tu sedih sangat sampai dia menyalahkan diri sendiri, dia rasa yang bila dia sayangkan lelaki tu sangat2x then lelaki tu pergi dari hidup dia, sekarang dia perlu tanggung semua kesedihan tu sorang2x..
Dan dalam lirik tu jugak, ada mention betapa berharga nya lelaki tu dan tak kan boleh digantikan dengan apa pun jua benda-benda berharga yang lain.
Sedih2x..

Ni aku share sekali lirik nya.


Summer after high school when we first met
We make out in your Mustang to Radiohead
And on my 18th Birthday
We got matching tattoos

Used to steal your parents' liquor
And climb to the roof
Talk about our future
Like we had a clue
Never planned that one day
I'd be losing you

In another life
I would be your girl
We'd keep all our promises
Be us against the world

In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away

I was June and you were my Johnny Cash
Never one without the other, we made a pact
Sometimes when I miss you
I put those records on (Whoa)

Someone said you had your tattoo removed
Saw you downtown singing the Blues
It's time to face the music
I'm no longer your muse

But in another life
I would be your girl
We'd keep all our promises
Be us against the world

In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away
The o-o-o-o-o-one
 [x3]
The one that got away

[Bridge:]
All this money can't buy me a time machine (Nooooo)
Can't replace you with a million rings (Nooooo)
I should've told you what you meant to me (Whoa)
'Cause now I pay the price

In another life
I would be your girl
We'd keep all our promises
Be us against the world

In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away
The o-o-o-o-o-one
 [x3]

In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away

Okay la, tu saje.

Sekian..

=)

Cuti


Hai semua..

Aku dah tulis lama cuma tak berkesempatan nak post.  
Aku nak cakap pasal cuti.. 
Hari cuti adalah hari yang sangat di tunggu-tunggu oleh semua orang.  Sama ada pekerja mahupun para pelajar.  Tak kira lah pelajar tadika, sekolah rendah, menengah mahupun mahasiswa2 IPT sekalipun pasti menanti-nanti kedatangan hari cuti sekalipun cuti yang diberikan hanya sehari.  Mengapa perkara ini berlaku?  Kerana apabila kita sebut hari cuti je pasti semua orang akan membayang kan hari yang membolehkan kita beriadah, berehat, dan tidur yang sengaja dipanjangkan tanpa perlu tengok jam, melainkan ada urusan lain yang ingin dilakukan.   

Seperti orang lain.. Aku sendiri membayangkan yang aku akan dapat tidur sepuas-puasnya setelah bertungkus lumus belajar untuk jawab exam final yang berakhir hari Khamis 2.5.2013.  Yelah, dengan kepenatan yang ada untuk memasukkan segala pembacaan dalam otak agar dapat jawab exam, tiada benda lain yang dapat aku bayangkan bila pada ketika itu selain dari berharap apabila habis exam yang aku akan dapat tidur dengan gembira dan tak perlu memikirkan apa-apa, sekurang-kurangnya  sebelum balik ke rumah Keluarga ku di Johor Bahru.  Mana tak nya, kebetulan pula perancangan ku pada asalnya ingin pulang ke JB pada hari Sabtu.  Yup,, setidak-tidaknya dapat la aku rehat 1 hari supaya dapat reenergize kan diri aku ni sebelum kena tolong mak aku kat rumah nanti.  Tapi tak pula aku memberitahu mak ku keinginan ku itu.

Tapi… Jangkaan ku meleset sama sekali.  Harapanku musnah bila ayah tak nak amek aku hari Sabtu dan dia juga tak dapat cuti hari Jumaat.. Guess what??  Aku kena balik Khamis jugak!!! Memang mampus jugak aku mengemas bila dapat tau yang aku kena balik Khamis.. Time orang lain tengah tekun menghadap nota, aku pulak dah bercelaru antara nota dan timbunan baju-baju aku.  Tapi tak pe lah, aku tetap belajar jugak kan?  Apa  yang aku harapkan yang semoga tiada paper2 yang sangkut dan tiada subjek2 yang bakal menghancurkan hidup aku dengan keputusan yang entah apa2 kelak.  Sabar jela kan?
Hmm..Hari Khamis pun tiba.. Macam yang aku cakap tadi, aku balik khamis tu jugak.. mak aku cakap malam ayah sampai, so aku pun fikir, takpe la lepas aku siap2 kemas, aku nak tido kejap.. yelah tido adalah perkara wajib dalam hidup ku sekalipun ada bom yang bakal diletupkan pada ketika itu, aku tetap dengan pendirian yang tido adalah perkara yang wajib di utamakan.. itu lah aku.. huhu
Setelah siap kemas, pukul 4, mak aku boleh pulak cakap yang ayah dah gerak lebih kurang pukul 3 tadi!! WAAAAA… tinggal lagi 3 jam ayah nak sampai PD.. aku hanya dapat tidur sekejap je sebab tak nak lah nanti ayah tunggu kan? Ok ayah dah sampai.  Malam tu disebabkan cuma ayah sorang je yang amek aku, so aku pun berangan nak jadi anak solehah la temankan ayah & aku dah tanamkan dalam diri yang aku tak nak tidur sampai la rumah nanti.. Yelah, kesian ayah, perjalanan yang makan masa selama 4 jam tak kan nak biar dia sorang-sorang drive kan? Dah la penat amek aku jauh-jauh, malam pulak tu.. Misi aku berjaya. Aku tak tau kenapa lame sangat perjalanan nak balik rumah sebab kitorang sampai lebih kurang pukul 1 pagi.. mungkin sebab makan masa bila angkat barang-barang aku masuk kereta & kitorang ada berhenti dekat kedai atas jambatan tu.. ape nama dia? Restoran Jambatan ae? Yelah tu kot..
Hmm pagi esoknya macam biasa lah bila dah dekat rumah, subuh pun mesti kena bersuruh, kena dikejut baru gerak kan?  Aku lagi suka bila mak aku cakap macam ni.. “akak bangun sembahyang dulu, nanti sambung tidur balik”.  Aku pun dengan gembiranya bangun, sembahyang dan tidur semula.. tapi!!! Baru je tidur semula tu ayah panggil suruh bawak masuk barang-barang yang ada dalam kereta.. Oh no!! Barang-barang aku yang berlambak tu belum masuk rumah lagi… Bila dah bangun tu, maka bermula lah rutin harian ku seperti biasa dirumah.. membantu itu dan ini.. aku yakin nasib baik akan pasti ada untuk ku! Sekurang-kurang nya untuk mengQada’ kan tidur ku sebelum tu..
Petang nak ke mahgrib.. huh! Sekali lagi aku tidak bernasib baik!  Ada ke patut bila aku baru nak nak terlelap..mak aku bole membebel marah2 suruh adik aku kejut dan panggil aku untuk tolong masak???????????????????

Aku yang dalam kategori paling pemalas nak mampus buat kerja rumah, dah buat, walaupun penat-penat, bila baru dapat peluang terlelap dia boleh panggil aku suruh tolong masak?? Hmm memang salah aku jugak kan, macam tak da waktu lain nak membuta, tapi sumpah time tu kepala aku memang dah berpinar-pinar.. pernah tak korang rasa pening bila hampir seminggu tak cukup tidur n kepenatan sebab badan kena kerah buat banyak kerja? Hah,, macamtu lah yang aku rasa..   Tapi tak pelah, aku ni kan anak? Dah besar dah pun, mesti lah kena tolong mak pulak kan? Tapi aku betul-betul terkilan sebab aku memang tak sengaja nak rehat.. Bagi para ibu,, tolongla paham.. Setiap kali anak balik tak kira la asrama ke, balik dari pusat pengajian ke, balik dari camping ke,, anak2 memang memerlukan rehat yang sekurang-kurang nya dapat kurang kan keletihan badan dulu baru lah nak suruh kerah buat apa2 kerana aku memang yakin yang perkara pertama yang anak rasa adalah kepenatan ketika sampai dirumah.  Dan aku berharap sangat2 semoga para ibu dapat menghargai usaha seorang anak tu bila dia cuba buat sesuatu ataupun cuba jadi rajin.. Jangan la mengharap lebih dari apa yang boleh dilakukan dalam masa singkat.. Berilah peluang kepada mereka ya?

Tidak berniat menyalahkan mak aku sebab aku tau dia penat dah aku tau dia teruja bila ada kawan yang boleh bantu dia buat kerja, tapi dia lupa yang aku ni manusia biasa, memerlukan rehat dan tidak boleh konsisten dalam melakukan kerja yang aku sendiri baru nak lakukan seperti buat kerja2 rumah..
Aku berdoa semoga mak aku akan sentiasa menerima kekurangan anak-anak nya dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kehidupan kami adik beradik.. amin..

Okay la tu saje.
Sekian..
=)

Saturday, May 4, 2013

Jawapan

hai semua..
aku ni betul-betul baru habis diploma..
khamis last paper aku, khamis malam tu jugak aku gerak balik rumah, ayah ambil.
sebelum ni excited sangat nak habis belajar. tapi dari hari khamis sampai ke hari ni, aku tak tau ape yang aku rasa.. suka ke, gembira ke, tapi apa yang aku rasa ni macam makin lama makin membuat aku pening sendiri.. yelah, mana tak nya, masa awal2 masuk dulu sibuk nak habis belajar, sibuk nak kerja, dapat pegang duit sendiri bila dah kerja.. semuanya nampak senang bila kita bayangkan..
Tapi hakikat nya.. ye.. hakikat nya semua orang tau.. bila dah habis belajar, memang boleh kerja, tapi nak cari kerja tu, kerja apa yang layak dengan kita, bila dah layak pulak, kena tengok pulak sesuai ke tak dengan jiwa. betul tak? 
lepastu, bila nak cari kerja ni bukan suka-suka harini cari, esok dah dapat.. kena pergi interview lah ape la..
macam-macam..
lepastu bila dah habis belajar sebenarnya lebih bosan dari time tengah belajar.
yela, bila dah dekat rumah, kena buat kerja-kerja rumah,
bukanlah time belajar tak payah nak buat kerja-kerja semua tu, tapi bila tak nak buat, tak de sape yang kisah pun sebab hidup sendiri kan?
hmmm...
sebenarnya dalam hidup ni, semua orang mesti ada aimed sendiri kan? lepastu bila dah nak dapat apa yang di cita-cita kan, mesti lah excited betul tak? lepastu bila dah dapat, gembira, tapi dalam masa yang sama juga, kita mesti ada lagi perancangan lain dalam hidup kita.. jadi, aku dah dapat dah jawapan nya, berdasarkan apa yang aku belajar dalam organizational value masa semester 6 sebenarnya nak habiskan belajar dan dapat diploma adalah salah satu dari terminal value aku, dan bila aku dah berusaha, usaha aku ke arah terminal value tu adalah instrumental value.. jadi dalam hal ni, bila aku dah usahakan instrumental value, mesti lah excited nak dapat kan hasil nya kan? then sekarang aku ni dah nak capai matlamat aku,sebab tu ada impian lain pulak untuk capai matlamat.. 
okay lah pape pun aku harap sangat-sangat yang semester ni aku dapat lulus cemerlang. aku tak harap banyak, dapat maintain 3 pointer above pun aku dah bersyukur sebab aku tau subjek-subjek aku ambil tu banyak yang susah, and semoga aku dapat capai segala cita-cita aku.. amin.. 

Sekian,,

=)