Friday, June 8, 2012

My future husband...


My future husband..
  • Seorang yang menjaga agamanya,(islam)
  • Seorang yang baik hati, dan tak suka marah2,
  • Menerima aku seadanya,, (ikhlas)
  • Dia sentiasa percaya kan aku, sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ku..
  • Boleh menjaga dan melindungi aku sebagai isteri,
  • Boleh melayan aku dengan baik dan berbual dengan aku sebagai kawan baik.
  • Boleh menghormati aku dan family aku selama kami masih hidup.
  • Tak perlu terlalu tua tetapi sangat matang dalam membuat keputusan dan tidak bersikap kebudak2an dalam berfikir.
  • Tak perlu handsome, cukup sekadar boleh menenangkan mata yang memandang.
  • Tak perlu berasal dari golongan bangsawan, cukup sekadar seorang yang rajin bersusaha sehingga hartanya boleh dirasa sehingga keanak cucu dan kebawah. (insyaalah)
  • Seorang yang senang dibawa bergaul dan diajak berkawan, tetapi sangat menjaga batas pergaulan,
  • Dan insyaallah, bole menerima segala ketentuaan Allah terhadap segala perkara yang berlaku, kerana dia percaya allah akan memberi sesuatu yang lebih baik dari apa yang kami rasakan baik.
  • Dia tidak meninggalkan allah, kerana apabila dia meninggalkan allah, nescaya, dia juga bole meninggalkan aku,,
  • Dan akhir sekali, dia sentiasa berusaha melindungi dan menjaga diri serta keluarga kami dari neraka allah,

Insyaalah,.. =)

Ya Allah..
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu..
Ya Muhaimin..
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..
Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu..
Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..
Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu..
Amin,,, ya rabbal alamin
=)