Tuesday, August 23, 2011

hari ini di kejar SI COMEL lagi!!

hai semua..
tengok tajuk tu aku rasa nak gelak.
kalau aku letak tajuk tu sebagai status di fb, mungkin ramai yang akan comment, takut kucing rupanya..
sebenarnya bukan kucing yang aku maksudkan,.
tapi anjing!
ya anjing, berbulu hitam, besar dan menakutkan.
anjing tu sebenarnya sering mengganggu aku dan kawan2.
dan  pagi tadi sebelum pergi kelas, SI COMEL tu ada di tepi jalan, dengan keadaan yang menakutkan dan memandang kitorang, so kitorang terpaksa pusing balik lalu jalan jauh dalam keadaan hujan, dengan kasut flat, dengan terhantuk pada besi sebab terlalu berhati2..
sebenarnya aku pun tak tau brapa lama lagi kitorang terpaksa menghadapi anjing tu,.
sebenarnya nama si comel tu kawan aku yang decide nak bagi,
sebab biarlah bunyi nye tak takut sangat, kalau takut kang susah jugak kn?
kalau nak sebut anjing kang takut terserempak, yelah orang tua2 kan ada cakap, kalau binatang ni jangan di sebut2 takut datang..
hmm macam2. sebab tu lah kitorang pun bersetuju nak panggil anjing tu SI COMEL..
huhu..
tu saje..

sekian..
=)

Sunday, August 21, 2011

Bermandi hujan,,.

hai semua,,.
ni cerita pasal semalam,
aku and roomate keluar semalam,. 2 orang jek sebab kawan2 yang lain tengah syok tido.
maklumlah, cuti kan? rugi kalau biarkan masa tu berlalu tanpa menggantikan tido..haha..
tapi yang tak syoknye kami yang keluar ni lah..
kenapa?
sebab, mula2 sebelum keluar, hujan renyai2,.
kitorang pun target, sekejap jek lah,.
mula2 tekaan tu memang betul lah hujan tu berhenti,.
kitorang pun keluar lah,.
jalan punya jalan dekat pekan tu, dah dapat la dalam 50peratus barang yang kitorang nak,
tiba2 hujan selebat lebatnya,.
boleh nak cakap kalau jalan kat kaki lima kedai tu, terkena lah skali tempiasnya,.
lama2 berhenti jugaklah hujan tu,,.
lepastu kitorang balik,.
nasib baik sempat kejar bas, sebab betul2 kitorang sampai, bas dah bukak pintu macam dah nak jalan,.
tapi kena tunggu jugak lah dalam 5 minit..
fuh penat jek kitorang lari dengan bawak barang2 tu semua..
tapi tak pe lah sekurang2 nye kitorang dapat la jugak duduk..
bila dah sampai tu, kitorang singgah la 7e kejap,.
tapi masa nak balik tu fault sikit sebab nye hujan mula rintik balik..
memang kitorang jalan laju2 la jawabnye..
entah dekat mana plastik tudung aku macam terlangar ape tah, berpasir, dah la hujan rintik masa tu,.
kitorang berteduh la sekejap dekat dengan koprasi,
and betulkan kedudukan plastik and barang2 yang nak dibetulkan..
lepastu kitorang teruskan lah jugak berjalan ke blok kitorang yang jauh tu
sampai masuk kamsis...

sekian tu saje,.

aku nak tido pulak.. hehe.. =)

Saturday, August 20, 2011

sesuatu yang tak dijangka..

hai semua,,.
tiba-tiba jek aku teringat nak tulis pasal ni..
benda ni berlaku start jumaat last week sebenarnye,.
semua bermula dengan pagi2 sebelum aku pergi kelas, tiba2 aku teringat akak aku dah nak berangkat ke vietnam 1 family atas urusan kerja la..
mula2 aku ragu2 nak pergi atau tak, lepastu aku pergi kelas macam biasa,.
bila dekat kelas aku mula lah berfikir2 nak pergi klia or tak sebab aku ni memang boleh jek pergi cuma yang buat aku risau bila fikir sempat atau tak nak berjumpa dengan kakak aku tu,.
aku tanye lah jugak dengan kawan2 yang ada kereta, dengan harapan, ada yang boleh tolong,. dalam fikiran tu dah terfikir jugak la nak bagi wet kat sape2 yang nak tolong. tapi hampeh,.
huhu nak buat macam mana kan? kawan senang senang nak cari, kawan susah pulak memang susah nak cari,.
lepas tu aku dah fikir macam nak batal kan jek la niat aku tu,.
 
tapi tiba2 kawan2 aku cakap nak pergi pekan, balik dari kelas terus kitorang pergi,
nasib tak berapa baik sebab tunggu bas punya lah lama,.
tapi aku mula terfikir yang aku ada kawan yang ada no teksi, so aku pun call la teksi dan bagi no teksi pada budak junior yang ada kat situ,.
tapi, sekali lagi nasib tak berapa menyebelahi aku, betul2 lepas call teksi, bas pun sampai,
tak kan aku nak naik bas pulakkan? kesian pulak kat pakcik tu.

yang lagi sedey, aku call dulu teksi tu, tapi teksi yang junior tu call pulak yang sampai dulu,
aku mula la berkira2 nak naik sekali dengan dorang, 
tapi pakcik tu pulak bising, last2 aku rasa bertanggungjawab jugak la sebab aku yang dah call dia kan?
so aku pun cakap aku boleh bayar pakcik tu tapi aku naik dengan teksi yang sama dengan budak2 tu,,.
nasib baik pakcik tu naik lalu highway,yelah sebab kitorang sebenarnya dah lebih muatan, 
tapi kira okay lah sebab aku rase cepat jugak lah nak sampai situ,.

aku pun terus beratur dan beli tiket ktm,.
aku tunggu lebih kurang 5 minit, aku naik ktm tu,.
sampai nilai..
lepastu aku ingat nak amek teksi sampai salak tinggi jek, tapi pakcik teksi tu pulak cakap nape tak terus g klia?
boleh sampai dalam jangka masa 25 minit,.
aku pun on je lah,..
 
bila sampai tu, aku dah macam rusa masuk kampung, 
call la along aku tu,
then dia suroh naik lift..sampai tingkat lima..
tapi yang macam sengalnye, aku boleh naik lift tak tengok,.
lift tu turun jek, aku dah cuak dah, tapi sampai tingkat 2, along n suami dia masuk lift,.
rupa2 nye, aku sampai tadi dah dekat tingkat 5 lah tu, yang pergi turun tu kenapa?
haha kelakar jek, nasib baik jumpa along,.

BERSAMBUNG..

okaylah,, aku  nak bersiap pergi pekan jap,,, 


Sekian.. =)

life become more complicated..

hai semua..
ni kali ke 2 ktorang berpuasa di poli,.
maksud aku budak2 sama semester dengan aku..
and untuk semester ni, banyak cabaran yang perlu kami hadapi,.
cabaran terhadap pelajaran, pensyarah, kawan2 and semua situation sekarang ni,,. dalam keadaan berpuasa, kena sabar dengan semuanya,.
dengan pelajaran, memang semua dah tahu, makin meningkat umur kita, makin tinggi lah pelajaran yang kita kena belajar betul tak? so, macam tu lah yang aku hadapi sekarangni,. dengan masalah dengan masa untuk belajar, untuk aktiviti2 kat kamsis, dengan di wajibkan tarawih,. (nasib baik selasa khamis jek) tapi yang tak logic nye budak2 period pun still kena datang untuk ambil kedatangan jugak.. sengal betul..
lepastu, dengan masalah nak pergi practical lagi,.
dengan masalah tak cukup masa nak buat latihan lagi,. dengan masalah group member yang tak boleh bertolak ansur dan memberi kerjasama,. semua tu buat aku rasa macam sedikit terbeban,.
tapi tu semua kan cabaran? lagipun dalam dunia ni tak semua benda senang..
kenalah usaha kan lebih sikit betul tak?

lepastu masalah perjalan jauh lagi dari blok ni ha,.
takpe la, redha jek, semuani pasti akan ada pulangan nye jugak kan?
takpelah, aku berharap dan berdoa yang terbaik untuk aku dan kawan2 aku.. =)

sekian.. =)

Saturday, August 13, 2011

berpuasa dirumah..

hai semua..
sekarang ni aku ada kat rumah..
actually aku tak sangka pun nak balik hari ni..
semalam lepas hantar along ke klia,.
aku ingat nak balik kamsis semula,
tapi bila di fikirkan,
alang-alang, pastu ayah pulak tanya,
nak balik ke tak?
pastu aku pun ape lagi.
hehe
sekarang ni aku dah sampai dah..
and sekarang ni puasa 1st yang aku dapat sambut dengan family aku untuk tahun ni..
okaylah,
tu saje..

sekian,

=)

Monday, August 1, 2011

selamat berpuasa..

hye semua..
hari ni hari first puasa..
so aku nak ucapkan selamat menyabut bulan ramadhan al mubarak..
aku agak sedih tak dapat sambut puasa this year dengan family,
tapi tak pe la nak buat macam mana.. maybe lain kali dapat la sambut puasa sama2 dengan family..
 hmm,,.
hari ni hari first puasa, saje2 je nak buang  masa nak tunggu azan ni,,.
lama lagi sebenarnye..
huhu,.
saje2 nak cerita, tadi aku pergi bazar dengan kawan2 aku tadi,.
mula2 ingat tempat yang sama dengan tahun lepas, rupanye dah ubah tempat,.
dan tempat tu rasenye lagi jauh kalau nak compare dengan last year,
tapi nak buat macamane, dah jalan kn?
so teruskan jek la,.
tapi nasib baik la masa balik kebetulan terserempak dengan classmate kitaorang.
nadira, dia ada kereta, so, dia tumpangkanlah kami ke blok yang jauh tu..
haha.. tu lah, untung la kn ada kereta,?
tapi kitorang pun untung jugak sebab dapat tumpang, yelah, dah hampir tak bermaya..haha
okaylah tu saje nak cerita,..

sekian,.. =)