Saturday, May 4, 2013

Jawapan

hai semua..
aku ni betul-betul baru habis diploma..
khamis last paper aku, khamis malam tu jugak aku gerak balik rumah, ayah ambil.
sebelum ni excited sangat nak habis belajar. tapi dari hari khamis sampai ke hari ni, aku tak tau ape yang aku rasa.. suka ke, gembira ke, tapi apa yang aku rasa ni macam makin lama makin membuat aku pening sendiri.. yelah, mana tak nya, masa awal2 masuk dulu sibuk nak habis belajar, sibuk nak kerja, dapat pegang duit sendiri bila dah kerja.. semuanya nampak senang bila kita bayangkan..
Tapi hakikat nya.. ye.. hakikat nya semua orang tau.. bila dah habis belajar, memang boleh kerja, tapi nak cari kerja tu, kerja apa yang layak dengan kita, bila dah layak pulak, kena tengok pulak sesuai ke tak dengan jiwa. betul tak? 
lepastu, bila nak cari kerja ni bukan suka-suka harini cari, esok dah dapat.. kena pergi interview lah ape la..
macam-macam..
lepastu bila dah habis belajar sebenarnya lebih bosan dari time tengah belajar.
yela, bila dah dekat rumah, kena buat kerja-kerja rumah,
bukanlah time belajar tak payah nak buat kerja-kerja semua tu, tapi bila tak nak buat, tak de sape yang kisah pun sebab hidup sendiri kan?
hmmm...
sebenarnya dalam hidup ni, semua orang mesti ada aimed sendiri kan? lepastu bila dah nak dapat apa yang di cita-cita kan, mesti lah excited betul tak? lepastu bila dah dapat, gembira, tapi dalam masa yang sama juga, kita mesti ada lagi perancangan lain dalam hidup kita.. jadi, aku dah dapat dah jawapan nya, berdasarkan apa yang aku belajar dalam organizational value masa semester 6 sebenarnya nak habiskan belajar dan dapat diploma adalah salah satu dari terminal value aku, dan bila aku dah berusaha, usaha aku ke arah terminal value tu adalah instrumental value.. jadi dalam hal ni, bila aku dah usahakan instrumental value, mesti lah excited nak dapat kan hasil nya kan? then sekarang aku ni dah nak capai matlamat aku,sebab tu ada impian lain pulak untuk capai matlamat.. 
okay lah pape pun aku harap sangat-sangat yang semester ni aku dapat lulus cemerlang. aku tak harap banyak, dapat maintain 3 pointer above pun aku dah bersyukur sebab aku tau subjek-subjek aku ambil tu banyak yang susah, and semoga aku dapat capai segala cita-cita aku.. amin.. 

Sekian,,

=)

No comments:

Post a Comment