Wednesday, May 15, 2013

Cuti


Hai semua..

Aku dah tulis lama cuma tak berkesempatan nak post.  
Aku nak cakap pasal cuti.. 
Hari cuti adalah hari yang sangat di tunggu-tunggu oleh semua orang.  Sama ada pekerja mahupun para pelajar.  Tak kira lah pelajar tadika, sekolah rendah, menengah mahupun mahasiswa2 IPT sekalipun pasti menanti-nanti kedatangan hari cuti sekalipun cuti yang diberikan hanya sehari.  Mengapa perkara ini berlaku?  Kerana apabila kita sebut hari cuti je pasti semua orang akan membayang kan hari yang membolehkan kita beriadah, berehat, dan tidur yang sengaja dipanjangkan tanpa perlu tengok jam, melainkan ada urusan lain yang ingin dilakukan.   

Seperti orang lain.. Aku sendiri membayangkan yang aku akan dapat tidur sepuas-puasnya setelah bertungkus lumus belajar untuk jawab exam final yang berakhir hari Khamis 2.5.2013.  Yelah, dengan kepenatan yang ada untuk memasukkan segala pembacaan dalam otak agar dapat jawab exam, tiada benda lain yang dapat aku bayangkan bila pada ketika itu selain dari berharap apabila habis exam yang aku akan dapat tidur dengan gembira dan tak perlu memikirkan apa-apa, sekurang-kurangnya  sebelum balik ke rumah Keluarga ku di Johor Bahru.  Mana tak nya, kebetulan pula perancangan ku pada asalnya ingin pulang ke JB pada hari Sabtu.  Yup,, setidak-tidaknya dapat la aku rehat 1 hari supaya dapat reenergize kan diri aku ni sebelum kena tolong mak aku kat rumah nanti.  Tapi tak pula aku memberitahu mak ku keinginan ku itu.

Tapi… Jangkaan ku meleset sama sekali.  Harapanku musnah bila ayah tak nak amek aku hari Sabtu dan dia juga tak dapat cuti hari Jumaat.. Guess what??  Aku kena balik Khamis jugak!!! Memang mampus jugak aku mengemas bila dapat tau yang aku kena balik Khamis.. Time orang lain tengah tekun menghadap nota, aku pulak dah bercelaru antara nota dan timbunan baju-baju aku.  Tapi tak pe lah, aku tetap belajar jugak kan?  Apa  yang aku harapkan yang semoga tiada paper2 yang sangkut dan tiada subjek2 yang bakal menghancurkan hidup aku dengan keputusan yang entah apa2 kelak.  Sabar jela kan?
Hmm..Hari Khamis pun tiba.. Macam yang aku cakap tadi, aku balik khamis tu jugak.. mak aku cakap malam ayah sampai, so aku pun fikir, takpe la lepas aku siap2 kemas, aku nak tido kejap.. yelah tido adalah perkara wajib dalam hidup ku sekalipun ada bom yang bakal diletupkan pada ketika itu, aku tetap dengan pendirian yang tido adalah perkara yang wajib di utamakan.. itu lah aku.. huhu
Setelah siap kemas, pukul 4, mak aku boleh pulak cakap yang ayah dah gerak lebih kurang pukul 3 tadi!! WAAAAA… tinggal lagi 3 jam ayah nak sampai PD.. aku hanya dapat tidur sekejap je sebab tak nak lah nanti ayah tunggu kan? Ok ayah dah sampai.  Malam tu disebabkan cuma ayah sorang je yang amek aku, so aku pun berangan nak jadi anak solehah la temankan ayah & aku dah tanamkan dalam diri yang aku tak nak tidur sampai la rumah nanti.. Yelah, kesian ayah, perjalanan yang makan masa selama 4 jam tak kan nak biar dia sorang-sorang drive kan? Dah la penat amek aku jauh-jauh, malam pulak tu.. Misi aku berjaya. Aku tak tau kenapa lame sangat perjalanan nak balik rumah sebab kitorang sampai lebih kurang pukul 1 pagi.. mungkin sebab makan masa bila angkat barang-barang aku masuk kereta & kitorang ada berhenti dekat kedai atas jambatan tu.. ape nama dia? Restoran Jambatan ae? Yelah tu kot..
Hmm pagi esoknya macam biasa lah bila dah dekat rumah, subuh pun mesti kena bersuruh, kena dikejut baru gerak kan?  Aku lagi suka bila mak aku cakap macam ni.. “akak bangun sembahyang dulu, nanti sambung tidur balik”.  Aku pun dengan gembiranya bangun, sembahyang dan tidur semula.. tapi!!! Baru je tidur semula tu ayah panggil suruh bawak masuk barang-barang yang ada dalam kereta.. Oh no!! Barang-barang aku yang berlambak tu belum masuk rumah lagi… Bila dah bangun tu, maka bermula lah rutin harian ku seperti biasa dirumah.. membantu itu dan ini.. aku yakin nasib baik akan pasti ada untuk ku! Sekurang-kurang nya untuk mengQada’ kan tidur ku sebelum tu..
Petang nak ke mahgrib.. huh! Sekali lagi aku tidak bernasib baik!  Ada ke patut bila aku baru nak nak terlelap..mak aku bole membebel marah2 suruh adik aku kejut dan panggil aku untuk tolong masak???????????????????

Aku yang dalam kategori paling pemalas nak mampus buat kerja rumah, dah buat, walaupun penat-penat, bila baru dapat peluang terlelap dia boleh panggil aku suruh tolong masak?? Hmm memang salah aku jugak kan, macam tak da waktu lain nak membuta, tapi sumpah time tu kepala aku memang dah berpinar-pinar.. pernah tak korang rasa pening bila hampir seminggu tak cukup tidur n kepenatan sebab badan kena kerah buat banyak kerja? Hah,, macamtu lah yang aku rasa..   Tapi tak pelah, aku ni kan anak? Dah besar dah pun, mesti lah kena tolong mak pulak kan? Tapi aku betul-betul terkilan sebab aku memang tak sengaja nak rehat.. Bagi para ibu,, tolongla paham.. Setiap kali anak balik tak kira la asrama ke, balik dari pusat pengajian ke, balik dari camping ke,, anak2 memang memerlukan rehat yang sekurang-kurang nya dapat kurang kan keletihan badan dulu baru lah nak suruh kerah buat apa2 kerana aku memang yakin yang perkara pertama yang anak rasa adalah kepenatan ketika sampai dirumah.  Dan aku berharap sangat2 semoga para ibu dapat menghargai usaha seorang anak tu bila dia cuba buat sesuatu ataupun cuba jadi rajin.. Jangan la mengharap lebih dari apa yang boleh dilakukan dalam masa singkat.. Berilah peluang kepada mereka ya?

Tidak berniat menyalahkan mak aku sebab aku tau dia penat dah aku tau dia teruja bila ada kawan yang boleh bantu dia buat kerja, tapi dia lupa yang aku ni manusia biasa, memerlukan rehat dan tidak boleh konsisten dalam melakukan kerja yang aku sendiri baru nak lakukan seperti buat kerja2 rumah..
Aku berdoa semoga mak aku akan sentiasa menerima kekurangan anak-anak nya dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kehidupan kami adik beradik.. amin..

Okay la tu saje.
Sekian..
=)

No comments:

Post a Comment