Sunday, March 11, 2012

rase macam dah banyak aku zikir, tapi nape macam tak berubah lagi perangai aku ni?

Assalamualaikum..
hai semua.

hari aku baru berkesempatan kemas bilik,. yelah, dah seminggu an? time kerja memang aku malas nak mengemeas-ngemas ni, yelah penat kot,. ni sekarang macam semak aku tengok rak baju aku..dah seminggu bersepah..alang-alang, kemas la terus kan,. menyapu, menyusun n semualah dalam bilik aku ni,.
sebelum mula menyusun baju tadi aku dah rase malas, n rase nak cari something, then aku terfikir, bek aku berzikir, dapat jugak kurang kan penat mengemas,. eh betul ke aku cakap ni? berzikir dapat kurang kan penat mengemas?? hmm.. macam ni sebenarnya,. bila kita mengemas, kita menghadap satu benda jek, jadi rase letih bosan, bercampur2.. tapi bila kita sambil berzikir, kita tak sempat nak fikir penat or bosan sebab kita sambil mengemas tu kita berzikir n kira dah berapa banyak zikir kita baca, cukup tak macam yang kita target.. macam aku target, bila lipat satu baju sekurang-kurangnya dapat baca 3kali astagfirullahalazim.. ha macam tu la lebih kurang,. aku terbaca dekat buku amalan zikir asma ul husna, kalau kita baca ya malik 100x setiap pagi, inyaallah akan bersih hati dan diri menjadi terhormat,. kalau baca 'ya malik' 121x selepas matahari terbit dan terbenam, insyaallah akan dilimpahkan kekayaan harta dan jiwa oleh allah..  jadi aku pun nak jugak lah dapat pahala,. lagipun dah lame aku cari cari nak bersihkan hati, kira ok lah aku dah dapat jumpa kan?.
so aku pun baca lah..
bila dah siap kemas, aku g la mandi,
then bila siap mandi aku perasan, bilik aku tadi yang macam dah bersih aku kemas n aku sapu,. dah ade rambut.. hmm rambut sape lagi kalau bukan aku kan?
jadi, dengan perasaan beratnye aku pun menyapu lah untuk kali yang ke 2, walaupun mula2 sapu tadi aku ulang 2 kali tau.. hmmm penat-penat,,. tapi yelah, senang nak bersihkan tapi bukan senang nak maintain bersih, tol tak?? lagi lah untuk orang yang tersangat lah rajin macam aku ni cuma mengemas sminggu sekali jek..padahal dulu bole jek kalau tak kemas pun, paling tak aku akan menyapu setiap hari dekat ostel, ni dah practical pemalas bukan main..hmm tak tau lah nape..
hmm..sebenarnya, dari ape yang aku alami, aku nak share ape yang aku dapat belajar..
dalam usaha membersihkan hati, zikir tu salah satu dari pada caranya kan?
kadang-kadang kita anggap yang kita dah baca banyak,. macam aku menyapu tadi aku ingt aku dah sapu bersih,. tapi kita lupa, mungkin ade yang tertinggal, atau ada sampah baru yang akan ade di tempat yang di bersihkan tu,. same macam hati, kita mungkin terlupa yang kita akan menghadapi banyak dugaan disebalik hari-hari yang mendatang, mahupun saat-saat yang mendatang, disebalik dugaan tu pulak, mungkin akan terlekat sedikit dosa pada hati, dan menyebabkan hati tu kotor kembali.. jadi patut lah tuhan suruh kita banyakkan berzikir,. jadi kawan-kawan semua.. mulai hari ni, kita sama-sama meringan kan mulut dan bibir untuk berzikir ya.. aku ni takde lah baik mana,. tapi aku ni cuma orang yang tengah berusaha nak jadi baik,. dengan ape yang berlaku pada aku, aku cuba berfikir, dan selalunya apa yang aku fikir tu, memberi jawapan pada ape yang pernah aku tanya.. mungkin jugak di sebalik ape yang kita buat tu, kita terlupa nak selitkan keikhlasan.. sebab tu kita rase macam kita ni dah bagus, tapi sebenarnya banyak lagi kekurangn yang perlu di perbaiki.. sama-sama lah kita perbaiki diri kita ya.. ni aku cakap untuk peringatan pada diri sendiri jugak..
yelah, aku pun manusia bese, banyak kekurangan..
okay lah..
sekian..

assalamualaikum...=)

Tuesday, March 6, 2012

Apa salah aku?

Assalamualaikum semua..

hari ni aku realise something.  selalu sangat dengar orang bertanya, apa salah aku??
mereka tanya pada siapa aek?  lupa kah kita, siapa kita ni?hmm
kadang2, macam mana sekalipun kita rancang untuk lakukan sesuatu,
kadang-kadang rancangan tu tak menjadi.
dah puas fikir kenapa aku tak dapat nak buat ini ini dan ini?
rupa-rupanya, ada sesuatu yang belum beres.
yelah kadang2 kita lupa, mungkin ada pape yang kita sebut,
kadang-kadang bendanya tak terniat pun,
tapi bila di sebut dalam keadaan marah, terdesak atau apa-apa keadaan berkenaan desakan emosi, kita terlupa, ada yang mengaminkan disekeliling kita yang kita sendiri tak nampak pun.
kadang-kadang kita terlupa,kita bertanya apa dosa kita sampai kita dapat macam ni dalam hidup. terlupa kah kita, siapa sebenarnya kita ni?
baik sangat ke? dah cukup amalan ke? tak pernah buat salah ke?
sedar tak kita ni kadang-kadang kita fikir macam tu ibarat kan macam kita ni maksum.
kita kena ingat, kita manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesalahan.
jangan lupa tu.
mungkin juga allah nak uji kita,supaya kita jangan lupa kat Dia, sentisa bersujud padaNya.  tapi kita lupa, kita leka,.  macam tu pun kita boleh nak bertanya,apa salah aku?? kita kena ingat, kadang-kadang apa yang berlaku ada hikmah, dan akan ada kebaikan yang terjadi selepas berlakunya sesuatu dugaan.  cuma masa yang akan menentukan, bila kebaikan tu akan muncul.
kadang-kadang Allah datangkan orang yang menyakitkan kita, bukan nak menyeksa kita,
tapi untuk kita ingat, kita perlu mintak padaNya supaya Allah lembutkan hati orang tu.
bukan mengata seseorang tu di belakang kita.  mungkin kita lupa, kehadiran seseorang tu adalah dugaan yang Allah datang kan pada kita.. Allah nak uji, macam mana kita tangani perkara tu? samaada nak tambah pahala, dengan mendoakan perkara yang baik-baik kepada orang yang menyakitkan kita tu ataupun kita memilih nak tambah dosa dengan mengutuk2 dan mengata orang tu dibelakang dan menganggap diri sendiri tak bersalah.  adakah mengata seseorang tu tak berdosa?  kita lupa, mungkin jugak kita ada dosa dengan orang lain yang kita tak sedar, jadi Allah datang kan sesuatu perkara untuk menjadikan kita berfikir tentang dosa yang pernah dilakukan pada orang lain dalam tak sedar tu, tapi kadang-kadang kita ni terlalu angkuh untuk mengakuinya.  kita rase tetap kita saje yang betul.  teruk kan kita ni? kadang-kadang Allah datang kan sesuatu musibah pada kita kerana kita pernah berjanji sesuatu, tapi kita tak tunaikan,. selalu pandai aje cakap, kalau la aku dapat...... nanti aku nak ....  dalam tak sedar, tiba-tiba dapat apa yang diimpikan tu. bila dah suka, dah selesa dengan apa yang dimiliki, lupa lah tu nak tunaikan apa yang di janji.  nanti bila berlaku musibah, persoal lagi, apa salah aku, aku baru jek dapat...... ha sudah!  mudah sangat manusia ni terlupa kan? kau dah janji apa? tapi kau yang degil tak tunaikan, sekarang dapat musibah, lagi mau tanya ka? hmmm.. ingat lah, semua yang berlaku pasti ada sebab,.  cuba lah berfikir sedalam-dalamnya sebelum menyalah kan tuhan atau bertanya apa salah aku?  ada lah tu yang nak di sampaikan sebenarnya pada kita, ada perkara yang kita terlupa, atau ade perkara yang dalam kita tak sedar, kita dah lakukan, jadi, kita kena sentiasa berwaspada dengan apa yang nak di ungkapkan atau di lakukan,. yang penting, jangan la sampai kita melakukan kesalahan yang akan menyebabkan kita menyesal satu hari nanti. dan sentiasa lah beringat, apa pun yang berlaku, Allah sentiasa ada dengan kita.. Cuma kita jek yang susah sangat nak ingat kat Dia.  mohonlah petunjuk dari Nya,. Insyaallah, ada jalan.  kalau tak nampak doa  di makbulkan, bersabar lah.. mungkin belum masanya.  Insyaalah, satu hari nanti Dia akan bagi jugak, bersabarlah, percaya lah padanya dan bersangka baiklah padanya kerana Allah sesungguh nya dia yang maha pencipta, maha pemberi dan Maha Agung. sebenarnya menulis ni bukan nak mengata sesiapa, tapi memberi pengajaran pada diri sendiri.  sebab benda ni pun berlaku jugak pada aku.  jadi sama-sama lah kita berubah dan bermuhasabah diri.  Insyaallah.

Sekian,
Assalamualaikum. =)

Saturday, March 3, 2012

buat seseorang,.

hai semua..
hari ni banyak yang aku belajar.
apa yang aku cari, aku dah jumpa..
aku dah dapat jawapan dari soalan aku.
mungkin terlalu banyak mempertikaikan ape yang aku tak dapat sampai aku lupa,
lebih banyak perkara yang aku dah dapat tapi aku abaikan..
ye, dia kawan terbaik,
mungkin sekarang masa untuk memaafkan, masa untuk menghargai, dan masa untuk memberi apa yang sepatutnya.
terima kasih tuhan kerana banyak yang aku belajar dari apa yang aku hadapi,.
betul cakap kawan aku, aku sekarang adalah dari apa yang telah berlaku pada ku di masa lalu,.
so, tak perlu untuk asyik menyesal dan menyalahkan masa lalu,
sekarang masa untuk membebaskan,
bukan untuk berdendam,
walau apa pun yang pernah terjadi antara kita, saya nak awak tahu,
saya dah maafkan awak,
dalam masa yang sama, saya pun nak mintak maaf,
mungkin inilah yang terbaik untuk kita,.
thanks kerana awak ada di situ sebagai orang yang memberi pengajaran kepada saya,
thanks kerana menyakitkan saya, disebabkan awak, saya jadi lebih kuat, lebih matang, dan lebih bersyukur.
mungkin selama ni saya terlalu banyak membuang masa untuk perkara yang tak perlu.
sampai saya lupakan apa yang sepatutnya saya buat, sampai satu tahap, saya dah buat orang yang terdekat dengan saya terluka disebabkan kelalaian saya..  mungkin saya patut lihat pada sisi positive, bukan meratapi,.
semua dah berlaku pun,.  awak, terima kasih.  untuk segalanya,. kita kawan selamanya kan?? awak yang cakap mase tu,.  ye, saya maafkan awak, saya doakan awak bahagia, dan saya berdoa agar awak jauh dari saya,. bukan sebab saya tak iklas, tapi sebab saya tau saya tak begitu kuat untuk hadapi semuanya kembali.. maaf ye, kenangan tu dah lame berlalu dah lama sangat, kenapa nak di kuak kembali kan?  anyway, thank you once again my dearest friend,.  assalamualaikum..

=)

Sunday, February 12, 2012

Dia Lebih Mengerti.. NB

hai semua..
aku baru habis baca novel ni,.
bila dah habis baca, baru teringat yang aku dah pernah baca novel ni mase sekolah dulu,,
wat rugi jek, tapi tak pe lah, at least aku ade jugak la novel yang bole disimpan buat kenangan.
untuk pengetahuan semua, aku ni suka baca novel, tapi tak suka beli, jadi, aku mempunyai kelebihan membaca novel sampai habis dalam masa sesingkat 1 hari, atau paling lama pun 4 hari, yelah, orang punya barang,
 takkan aku nak pinjam lama2 kot, sebabtu la, tapi tu time sekolah, time sekolah dapat pinjam orang sebab ramai yang suka baca novel and memiliki novel, bila sekarang ni, nak pinjam sape? so, lebih baik aku mula membeli novel sendiri kan?
huhu..
okay lah, ape yang aku belajar dari apa yang aku baca dalam novel ni:

1. Jangan prejudis terhadap orang lain hanya kerana pekerjaan, belajar lah menerima seseorang dengan hati yang ikhlas, bukan kerana rupa, pangkat atau harta, kerana keikhlasan itu penting dalam ape juga hubungan baik sahabat, mahupun kekasih.

2. jangan terlalu ego kerana memiliki kecantikan, kekayaan, kerana satu masa nanti semua tu akan pergi meninggalkan kita jugak.  sebab tu semua hanya pinjaman semata-mata, kalau ditakdirkan tiba2 kita lumpuh, siapa tahu kan? semua kecantikan yang kita miliki tu akan lesap kan?

3. yang terakhir, apa yang dapat aku kongsikan dari novel yang aku baca tu, bila dah kahwin, sebagai isteri kena sentiasa patuh pada suami, jangan terlalu keras kepala, jangan menengking2 suami, kerana satu hari nanti kita akan dapat pembalasan yang setimpal, contoh : mungkin suami yang selama ni hanya menurut perintah, akan menyembunyikan sesuatu yang lebih besar dibelakang kita demi kebahagiaan dia, macam kahwin lain.  Kalau tak pun, tuhan akan balas dengan cara kemalangan ke, apa ke, yang penting kita jangan buat macam tu k..

okaylah , tu saje yang nak di kongsikan.. =)
belilah buku tu kalau nak tahu apa kisah nye ye.. best.. hehe
bacalah buku apa pun selagi perkara yang kita baca tu bagi faedah, walaupun ada yang cakap novel ni tak banyak faedah.  sebab bila dah pupuk minat membaca, nanti lama2 ade perasaan nak baca buku jenis ilmiah pulak.  Betulkan? jadi tak salah membaca novel asalkan jangan kerja lain tak siap pulak ye..hehe
selamat membaca,

=)

bosan..

hye semua..
sekarang aku tengah buat practical,,
tapi aku dapat rase yang bekerja ni bosan dan penat..
hurm,, terbaca ade yang post something kat dalam fb tuh,
and aku rase kate2 dye berbaloi untuk dikongsikan pada semua. =)

7 lovely logics:


1. Make peace with your past, so it doesn't spoil your present.


2. What others think of you is non of your business


3. time heals almost everything, give the time, some time.


4. no one is the reason of your happiness except yourself!


5. don't compare your life with others, you have no idea what their journey is all about.


6. stop thinking too much, its alright not to know all the answer.


7. smile, you don't own all the problems in the world.

copied  from : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=325672800809940&set=a.121189341258288.8045.121188731258349&type=1&theater

bila difikirkan balik, betul jugak dengan ape yang dituliskan oleh penulis asal.  buat apa nak susah2 kan diri fikir benda yang tak perlu,. ape yang penting, kita kena happy sebab kebahagian tu hak milik semua orang! =)
so, sekarang ape yang perlu di buat ialah belajar tersenyum walau ape pun jua yang berlaku... =)

Tuesday, January 10, 2012

No dream is ever too big, no dreamer is ever too small,.

hye,,
Todays quotes,,
no dream is ever too big, no dreamer is ever too small.. =)
i've learn a lot today,,
while im administrating the libry, i saw a book written by Rhonda Byrne..
i haven done reading yet,, but what i know is, that book told about the power of our feeling..
so, what can i conclude from both, today's quote and the book is:
1. what we want, we can make it true by our own feeling.. neither negative feeling..
kadang2 kita just say or feeling that way, tapi kalau yang positive its okay,, cuba kalau dalam keadaan perasaan tu negative pulak,, the things will be in opposite site..
2. Believe on your own feeling,. you can change your life by changing your thoughts and feeling
3. when you are feeling any good feelings, try fikir kan semua yang kita suka,. dalam mase yang same, berangan la yang baik2 dan usaha,, =) insyaallah you'll get what you want..=)
thats all,,
bye..

=)

Saturday, October 15, 2011

need to change..

it is all about practical.
i want to improve my self to be better in English because of my career in secretarial need us to speak and write a lot in English.
i don't want people laugh with my english,. if that so, i need to change now on word.
yesterday i asked my mom about this thing, how to improve in English, she said that " all you have to do is practice and must talk a lot in English,. also need to read anything as long as it is an english.
my sister also said the same thing when i asked her.
so, now i have the answer, i need to read, write and talk more in english.
wish me luck for my new aimed.

Friday, September 16, 2011

harini cuti yang membosankan..

hai semua..
biasanya cuti la perkara yang paling best pada setiap orang kan?
macamtu jugaklah aku ni,.
tapi masalahnya aku rasa bosan sebab semua kawan2 aku yang duduk ostel balik rumah.
aku bukan tak nak balik, tapi nanti kalau aku balik susah kan ayah aku pulak,
tu yang aku malas nak balik tu,,.
lagi pun kawan aku selalunya ada jek tapi entah la tiba2 semua rasa nak balik
so semalam aku terpaksa tidur bilik kawan yang lain kelas.
tapi harini dia takde and esok pun xde kot..
ada activity kelab..hmm
masalah betul la
tapi tak pela,, petang nanti aku pergi la rumah kawan yang sama kelas ngan aku yang tak balik.
takdelah aku nak duduk sorang2 kat ostel ni kan?
tapi rase malas tu memang la ade,,.
hmm tengok la macam mana nanti..
maybe lepas aku siap kan semua kerja and bilik aku ni dah kemas, baru la aku pergi..
huhuhu
okay la,,.
itu saje..

sekian..

=)

Tuesday, August 23, 2011

hari ini di kejar SI COMEL lagi!!

hai semua..
tengok tajuk tu aku rasa nak gelak.
kalau aku letak tajuk tu sebagai status di fb, mungkin ramai yang akan comment, takut kucing rupanya..
sebenarnya bukan kucing yang aku maksudkan,.
tapi anjing!
ya anjing, berbulu hitam, besar dan menakutkan.
anjing tu sebenarnya sering mengganggu aku dan kawan2.
dan  pagi tadi sebelum pergi kelas, SI COMEL tu ada di tepi jalan, dengan keadaan yang menakutkan dan memandang kitorang, so kitorang terpaksa pusing balik lalu jalan jauh dalam keadaan hujan, dengan kasut flat, dengan terhantuk pada besi sebab terlalu berhati2..
sebenarnya aku pun tak tau brapa lama lagi kitorang terpaksa menghadapi anjing tu,.
sebenarnya nama si comel tu kawan aku yang decide nak bagi,
sebab biarlah bunyi nye tak takut sangat, kalau takut kang susah jugak kn?
kalau nak sebut anjing kang takut terserempak, yelah orang tua2 kan ada cakap, kalau binatang ni jangan di sebut2 takut datang..
hmm macam2. sebab tu lah kitorang pun bersetuju nak panggil anjing tu SI COMEL..
huhu..
tu saje..

sekian..
=)

Sunday, August 21, 2011

Bermandi hujan,,.

hai semua,,.
ni cerita pasal semalam,
aku and roomate keluar semalam,. 2 orang jek sebab kawan2 yang lain tengah syok tido.
maklumlah, cuti kan? rugi kalau biarkan masa tu berlalu tanpa menggantikan tido..haha..
tapi yang tak syoknye kami yang keluar ni lah..
kenapa?
sebab, mula2 sebelum keluar, hujan renyai2,.
kitorang pun target, sekejap jek lah,.
mula2 tekaan tu memang betul lah hujan tu berhenti,.
kitorang pun keluar lah,.
jalan punya jalan dekat pekan tu, dah dapat la dalam 50peratus barang yang kitorang nak,
tiba2 hujan selebat lebatnya,.
boleh nak cakap kalau jalan kat kaki lima kedai tu, terkena lah skali tempiasnya,.
lama2 berhenti jugaklah hujan tu,,.
lepastu kitorang balik,.
nasib baik sempat kejar bas, sebab betul2 kitorang sampai, bas dah bukak pintu macam dah nak jalan,.
tapi kena tunggu jugak lah dalam 5 minit..
fuh penat jek kitorang lari dengan bawak barang2 tu semua..
tapi tak pe lah sekurang2 nye kitorang dapat la jugak duduk..
bila dah sampai tu, kitorang singgah la 7e kejap,.
tapi masa nak balik tu fault sikit sebab nye hujan mula rintik balik..
memang kitorang jalan laju2 la jawabnye..
entah dekat mana plastik tudung aku macam terlangar ape tah, berpasir, dah la hujan rintik masa tu,.
kitorang berteduh la sekejap dekat dengan koprasi,
and betulkan kedudukan plastik and barang2 yang nak dibetulkan..
lepastu kitorang teruskan lah jugak berjalan ke blok kitorang yang jauh tu
sampai masuk kamsis...

sekian tu saje,.

aku nak tido pulak.. hehe.. =)

Saturday, August 20, 2011

sesuatu yang tak dijangka..

hai semua,,.
tiba-tiba jek aku teringat nak tulis pasal ni..
benda ni berlaku start jumaat last week sebenarnye,.
semua bermula dengan pagi2 sebelum aku pergi kelas, tiba2 aku teringat akak aku dah nak berangkat ke vietnam 1 family atas urusan kerja la..
mula2 aku ragu2 nak pergi atau tak, lepastu aku pergi kelas macam biasa,.
bila dekat kelas aku mula lah berfikir2 nak pergi klia or tak sebab aku ni memang boleh jek pergi cuma yang buat aku risau bila fikir sempat atau tak nak berjumpa dengan kakak aku tu,.
aku tanye lah jugak dengan kawan2 yang ada kereta, dengan harapan, ada yang boleh tolong,. dalam fikiran tu dah terfikir jugak la nak bagi wet kat sape2 yang nak tolong. tapi hampeh,.
huhu nak buat macam mana kan? kawan senang senang nak cari, kawan susah pulak memang susah nak cari,.
lepas tu aku dah fikir macam nak batal kan jek la niat aku tu,.
 
tapi tiba2 kawan2 aku cakap nak pergi pekan, balik dari kelas terus kitorang pergi,
nasib tak berapa baik sebab tunggu bas punya lah lama,.
tapi aku mula terfikir yang aku ada kawan yang ada no teksi, so aku pun call la teksi dan bagi no teksi pada budak junior yang ada kat situ,.
tapi, sekali lagi nasib tak berapa menyebelahi aku, betul2 lepas call teksi, bas pun sampai,
tak kan aku nak naik bas pulakkan? kesian pulak kat pakcik tu.

yang lagi sedey, aku call dulu teksi tu, tapi teksi yang junior tu call pulak yang sampai dulu,
aku mula la berkira2 nak naik sekali dengan dorang, 
tapi pakcik tu pulak bising, last2 aku rasa bertanggungjawab jugak la sebab aku yang dah call dia kan?
so aku pun cakap aku boleh bayar pakcik tu tapi aku naik dengan teksi yang sama dengan budak2 tu,,.
nasib baik pakcik tu naik lalu highway,yelah sebab kitorang sebenarnya dah lebih muatan, 
tapi kira okay lah sebab aku rase cepat jugak lah nak sampai situ,.

aku pun terus beratur dan beli tiket ktm,.
aku tunggu lebih kurang 5 minit, aku naik ktm tu,.
sampai nilai..
lepastu aku ingat nak amek teksi sampai salak tinggi jek, tapi pakcik teksi tu pulak cakap nape tak terus g klia?
boleh sampai dalam jangka masa 25 minit,.
aku pun on je lah,..
 
bila sampai tu, aku dah macam rusa masuk kampung, 
call la along aku tu,
then dia suroh naik lift..sampai tingkat lima..
tapi yang macam sengalnye, aku boleh naik lift tak tengok,.
lift tu turun jek, aku dah cuak dah, tapi sampai tingkat 2, along n suami dia masuk lift,.
rupa2 nye, aku sampai tadi dah dekat tingkat 5 lah tu, yang pergi turun tu kenapa?
haha kelakar jek, nasib baik jumpa along,.

BERSAMBUNG..

okaylah,, aku  nak bersiap pergi pekan jap,,, 


Sekian.. =)

life become more complicated..

hai semua..
ni kali ke 2 ktorang berpuasa di poli,.
maksud aku budak2 sama semester dengan aku..
and untuk semester ni, banyak cabaran yang perlu kami hadapi,.
cabaran terhadap pelajaran, pensyarah, kawan2 and semua situation sekarang ni,,. dalam keadaan berpuasa, kena sabar dengan semuanya,.
dengan pelajaran, memang semua dah tahu, makin meningkat umur kita, makin tinggi lah pelajaran yang kita kena belajar betul tak? so, macam tu lah yang aku hadapi sekarangni,. dengan masalah dengan masa untuk belajar, untuk aktiviti2 kat kamsis, dengan di wajibkan tarawih,. (nasib baik selasa khamis jek) tapi yang tak logic nye budak2 period pun still kena datang untuk ambil kedatangan jugak.. sengal betul..
lepastu, dengan masalah nak pergi practical lagi,.
dengan masalah tak cukup masa nak buat latihan lagi,. dengan masalah group member yang tak boleh bertolak ansur dan memberi kerjasama,. semua tu buat aku rasa macam sedikit terbeban,.
tapi tu semua kan cabaran? lagipun dalam dunia ni tak semua benda senang..
kenalah usaha kan lebih sikit betul tak?

lepastu masalah perjalan jauh lagi dari blok ni ha,.
takpe la, redha jek, semuani pasti akan ada pulangan nye jugak kan?
takpelah, aku berharap dan berdoa yang terbaik untuk aku dan kawan2 aku.. =)

sekian.. =)

Saturday, August 13, 2011

berpuasa dirumah..

hai semua..
sekarang ni aku ada kat rumah..
actually aku tak sangka pun nak balik hari ni..
semalam lepas hantar along ke klia,.
aku ingat nak balik kamsis semula,
tapi bila di fikirkan,
alang-alang, pastu ayah pulak tanya,
nak balik ke tak?
pastu aku pun ape lagi.
hehe
sekarang ni aku dah sampai dah..
and sekarang ni puasa 1st yang aku dapat sambut dengan family aku untuk tahun ni..
okaylah,
tu saje..

sekian,

=)

Monday, August 1, 2011

selamat berpuasa..

hye semua..
hari ni hari first puasa..
so aku nak ucapkan selamat menyabut bulan ramadhan al mubarak..
aku agak sedih tak dapat sambut puasa this year dengan family,
tapi tak pe la nak buat macam mana.. maybe lain kali dapat la sambut puasa sama2 dengan family..
 hmm,,.
hari ni hari first puasa, saje2 je nak buang  masa nak tunggu azan ni,,.
lama lagi sebenarnye..
huhu,.
saje2 nak cerita, tadi aku pergi bazar dengan kawan2 aku tadi,.
mula2 ingat tempat yang sama dengan tahun lepas, rupanye dah ubah tempat,.
dan tempat tu rasenye lagi jauh kalau nak compare dengan last year,
tapi nak buat macamane, dah jalan kn?
so teruskan jek la,.
tapi nasib baik la masa balik kebetulan terserempak dengan classmate kitaorang.
nadira, dia ada kereta, so, dia tumpangkanlah kami ke blok yang jauh tu..
haha.. tu lah, untung la kn ada kereta,?
tapi kitorang pun untung jugak sebab dapat tumpang, yelah, dah hampir tak bermaya..haha
okaylah tu saje nak cerita,..

sekian,.. =)

Friday, July 8, 2011

hai semua..
sekarang aku dah balik poli and aku dah settle kan semua urusan, cuma petang ni jek ada perjumpaan,
dah okaylah, ni aku boleh rileks sikit,
ni dah boleh nak keluar pergi cc haha..
sangat bosan dekat poli,.
tapi perkara yang lagi membosankan adalah apabila ada orang yang cuba menyibuk dalam hidup aku..
hmm,, tapi nak buat macam mana kan?
biarjek lah,,
okaylah, sampai sini jek, dah tak tau nak melalut apa lagi ni..

sekian..
=)

Friday, July 1, 2011

hai semua..
hmm,, harini aku bertungkus lumus nak siap kemas barang2 nak bawa balik..
tapi ada lagi yang belum disiapkan lagi,,
takpe la mak aku ckap esok bertolak petang dalam pukul4,
so ada masa lagi kan?
nanti esok aku siapkan semua..
yela, tak nak la nanti tiba2 ada yang tertinggal, susah nanti..
okayla, tu saje..
sekian..

=)

Tuesday, June 28, 2011

hai semua..
semalam aku dapat satu berita baik..
akhirnya surat tawaran kamsis untuk aku pun sampi ke rumah..
bersyukur sangat sebab dapat surat tu..
yelah, untung jugak dapat duduk ostel kan?
dapat bayar murah,
dapat menjalankan aktiviti berjual beli,
hehe..
and lagi satu, senang sikit kalau nak siapkan apa2 projek berkumpulan,
dapat settle kan dekat kamsis jek.
tak payah nak susah2..
hehe..
alhamdulillah jugak hari ni aku dah dapat settle kan bayaran2 untuk sesi jun 2011..
tadi pagi aku dah bereskan semua..
sekali lagi aku bersyukur sebab dapat duduk kamsis lagi..
selamat duit aku..
hehe, tak payah nak risau2 fikir pasal rumah sewa..
okaylah..
itu saje buat masa ni..

sekian..
=)

Monday, June 27, 2011

hai semua,,
hari ni aku sorang jek dekat rumah..
harini mama kerja,,
tapi sekejap jek.. 3hari je..
huhu..
tapi yang bengang tu tadi adik boleh kencing pulak..
hmm.. memang aku lah yang kena basuh kan?
ish.. menyusahkan betul..
hmm..
nak buat macam mana kan?
cakap banyak kali pun kalau dah degil tu nak buat apa lagi kan?
hmm...
tu saje la..

sekian..
=)

Sunday, June 26, 2011

hai semua..
hmm,, semalam aku dapat tau kawan aku, lyn pulak dapat surat tawaran ostel..
hmm aku harap sangat2 yang aku and sabrina pun bole dapat tawaran ostel jugak utk sem ni..
ish hrp sgt2 bole dapat..
hmm..
i'm still waiting...
hmm..
okayla,
tu saje..
sekian..

=)

Saturday, June 25, 2011

hai semua..
hmm,, aku confuse la,
macam mana ex roommate aku bole dapat tawaran last minute?
n kenapa aku tak dapat?
hmm,, tapi masa aku check semalam, aku tak nampak pun nama ex roommate aku tu kat dalam list..
hmm,,
harapan aku..., aku pun dapat la last2 minute macam ni..
amin...
hmmm


okay la, tu saje..
sekian..


=)