Saturday, August 20, 2011

sesuatu yang tak dijangka..

hai semua,,.
tiba-tiba jek aku teringat nak tulis pasal ni..
benda ni berlaku start jumaat last week sebenarnye,.
semua bermula dengan pagi2 sebelum aku pergi kelas, tiba2 aku teringat akak aku dah nak berangkat ke vietnam 1 family atas urusan kerja la..
mula2 aku ragu2 nak pergi atau tak, lepastu aku pergi kelas macam biasa,.
bila dekat kelas aku mula lah berfikir2 nak pergi klia or tak sebab aku ni memang boleh jek pergi cuma yang buat aku risau bila fikir sempat atau tak nak berjumpa dengan kakak aku tu,.
aku tanye lah jugak dengan kawan2 yang ada kereta, dengan harapan, ada yang boleh tolong,. dalam fikiran tu dah terfikir jugak la nak bagi wet kat sape2 yang nak tolong. tapi hampeh,.
huhu nak buat macam mana kan? kawan senang senang nak cari, kawan susah pulak memang susah nak cari,.
lepas tu aku dah fikir macam nak batal kan jek la niat aku tu,.
 
tapi tiba2 kawan2 aku cakap nak pergi pekan, balik dari kelas terus kitorang pergi,
nasib tak berapa baik sebab tunggu bas punya lah lama,.
tapi aku mula terfikir yang aku ada kawan yang ada no teksi, so aku pun call la teksi dan bagi no teksi pada budak junior yang ada kat situ,.
tapi, sekali lagi nasib tak berapa menyebelahi aku, betul2 lepas call teksi, bas pun sampai,
tak kan aku nak naik bas pulakkan? kesian pulak kat pakcik tu.

yang lagi sedey, aku call dulu teksi tu, tapi teksi yang junior tu call pulak yang sampai dulu,
aku mula la berkira2 nak naik sekali dengan dorang, 
tapi pakcik tu pulak bising, last2 aku rasa bertanggungjawab jugak la sebab aku yang dah call dia kan?
so aku pun cakap aku boleh bayar pakcik tu tapi aku naik dengan teksi yang sama dengan budak2 tu,,.
nasib baik pakcik tu naik lalu highway,yelah sebab kitorang sebenarnya dah lebih muatan, 
tapi kira okay lah sebab aku rase cepat jugak lah nak sampai situ,.

aku pun terus beratur dan beli tiket ktm,.
aku tunggu lebih kurang 5 minit, aku naik ktm tu,.
sampai nilai..
lepastu aku ingat nak amek teksi sampai salak tinggi jek, tapi pakcik teksi tu pulak cakap nape tak terus g klia?
boleh sampai dalam jangka masa 25 minit,.
aku pun on je lah,..
 
bila sampai tu, aku dah macam rusa masuk kampung, 
call la along aku tu,
then dia suroh naik lift..sampai tingkat lima..
tapi yang macam sengalnye, aku boleh naik lift tak tengok,.
lift tu turun jek, aku dah cuak dah, tapi sampai tingkat 2, along n suami dia masuk lift,.
rupa2 nye, aku sampai tadi dah dekat tingkat 5 lah tu, yang pergi turun tu kenapa?
haha kelakar jek, nasib baik jumpa along,.

BERSAMBUNG..

okaylah,, aku  nak bersiap pergi pekan jap,,, 


Sekian.. =)

No comments:

Post a Comment