Assalamualaikum semua..
hari ni aku realise something. selalu sangat dengar orang bertanya, apa salah aku??
mereka tanya pada siapa aek? lupa kah kita, siapa kita ni?hmm
kadang2, macam mana sekalipun kita rancang untuk lakukan sesuatu,
kadang-kadang rancangan tu tak menjadi.
dah puas fikir kenapa aku tak dapat nak buat ini ini dan ini?
rupa-rupanya, ada sesuatu yang belum beres.
yelah kadang2 kita lupa, mungkin ada pape yang kita sebut,
kadang-kadang bendanya tak terniat pun,
tapi bila di sebut dalam keadaan marah, terdesak atau apa-apa keadaan berkenaan desakan emosi, kita terlupa, ada yang mengaminkan disekeliling kita yang kita sendiri tak nampak pun.
kadang-kadang kita terlupa,kita bertanya apa dosa kita sampai kita dapat macam ni dalam hidup. terlupa kah kita, siapa sebenarnya kita ni?
baik sangat ke? dah cukup amalan ke? tak pernah buat salah ke?
sedar tak kita ni kadang-kadang kita fikir macam tu ibarat kan macam kita ni maksum.
kita kena ingat, kita manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesalahan.
jangan lupa tu.
mungkin juga allah nak uji kita,supaya kita jangan lupa kat Dia, sentisa bersujud padaNya. tapi kita lupa, kita leka,. macam tu pun kita boleh nak bertanya,apa salah aku?? kita kena ingat, kadang-kadang apa yang berlaku ada hikmah, dan akan ada kebaikan yang terjadi selepas berlakunya sesuatu dugaan. cuma masa yang akan menentukan, bila kebaikan tu akan muncul.
kadang-kadang Allah datangkan orang yang menyakitkan kita, bukan nak menyeksa kita,
tapi untuk kita ingat, kita perlu mintak padaNya supaya Allah lembutkan hati orang tu.
bukan mengata seseorang tu di belakang kita. mungkin kita lupa, kehadiran seseorang tu adalah dugaan yang Allah datang kan pada kita.. Allah nak uji, macam mana kita tangani perkara tu? samaada nak tambah pahala, dengan mendoakan perkara yang baik-baik kepada orang yang menyakitkan kita tu ataupun kita memilih nak tambah dosa dengan mengutuk2 dan mengata orang tu dibelakang dan menganggap diri sendiri tak bersalah. adakah mengata seseorang tu tak berdosa? kita lupa, mungkin jugak kita ada dosa dengan orang lain yang kita tak sedar, jadi Allah datang kan sesuatu perkara untuk menjadikan kita berfikir tentang dosa yang pernah dilakukan pada orang lain dalam tak sedar tu, tapi kadang-kadang kita ni terlalu angkuh untuk mengakuinya. kita rase tetap kita saje yang betul. teruk kan kita ni? kadang-kadang Allah datang kan sesuatu musibah pada kita kerana kita pernah berjanji sesuatu, tapi kita tak tunaikan,. selalu pandai aje cakap, kalau la aku dapat...... nanti aku nak .... dalam tak sedar, tiba-tiba dapat apa yang diimpikan tu. bila dah suka, dah selesa dengan apa yang dimiliki, lupa lah tu nak tunaikan apa yang di janji. nanti bila berlaku musibah, persoal lagi, apa salah aku, aku baru jek dapat...... ha sudah! mudah sangat manusia ni terlupa kan? kau dah janji apa? tapi kau yang degil tak tunaikan, sekarang dapat musibah, lagi mau tanya ka? hmmm.. ingat lah, semua yang berlaku pasti ada sebab,. cuba lah berfikir sedalam-dalamnya sebelum menyalah kan tuhan atau bertanya apa salah aku? ada lah tu yang nak di sampaikan sebenarnya pada kita, ada perkara yang kita terlupa, atau ade perkara yang dalam kita tak sedar, kita dah lakukan, jadi, kita kena sentiasa berwaspada dengan apa yang nak di ungkapkan atau di lakukan,. yang penting, jangan la sampai kita melakukan kesalahan yang akan menyebabkan kita menyesal satu hari nanti. dan sentiasa lah beringat, apa pun yang berlaku, Allah sentiasa ada dengan kita.. Cuma kita jek yang susah sangat nak ingat kat Dia. mohonlah petunjuk dari Nya,. Insyaallah, ada jalan. kalau tak nampak doa di makbulkan, bersabar lah.. mungkin belum masanya. Insyaalah, satu hari nanti Dia akan bagi jugak, bersabarlah, percaya lah padanya dan bersangka baiklah padanya kerana Allah sesungguh nya dia yang maha pencipta, maha pemberi dan Maha Agung. sebenarnya menulis ni bukan nak mengata sesiapa, tapi memberi pengajaran pada diri sendiri. sebab benda ni pun berlaku jugak pada aku. jadi sama-sama lah kita berubah dan bermuhasabah diri. Insyaallah.
Sekian,
Assalamualaikum. =)
No comments:
Post a Comment